Friday, March 25, 2011

Multimedia

Perisian pengarangan multimedia
Perisian pengarangan multimedia adalah perisian yang digunakan untuk mengintegrasikan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam menghasilkan sebuah produksi multimedia yang interaktif. Perisian pengarangan juga bertindak untuk menentukan suatu produksi multimedia itu dapat mencapai objektif dengan berkesan. Ia banyak bergantung kepada keupayaan perisian pengarangan tersebut dapat memenuhi keperluan produksi dan sejauh mana sebuah produksi multimedia yang dibangunkan itu dapat berinteraksi dengan pengguna.
Ciri-ciri perisian pengarangan
i.    Dapat memenuhi keperluan elemen-elemen multimedia seperti:
·         Teks
Jenis-jenis fon yang digunakan dalam menghasilkan teks biasanya ialah yang terdapat dalam kebanyakan komputer pengguna supaya dapat menampung keperluan semasa penyebaran produksi multimedia kelak. Penggunaan teks adalah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Selain itu teks juga kadangkala boleh berfungsi sebagai “hiperteks”.

·         Grafik
Grafik adalah elemen penting dalam penghasilan produksi multimedia yang dapat bertindak untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna sama ada dalam bentuk lakaran, tulisan, lukisan atau grafik berbentuk 2D dan 3D. Ia boleh membantu menerangkan konsep disamping teks. Ia juga mestilah menarik dan mudah disampaikan dengan bermakna dan konsisten kepada semua pengguna. Grafik boleh diintegrasikan dalam produksi multimedia melalui pelbagai cara seperti pada latar belakang, antaramuka pengguna, imej, butang dan carta. Format penghasilan grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif.

·         Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan kepada suatu objek. Ia membolehkan suatu objek yang pegun dapat bergerak dan kelihatan hidup. Ini akan menjadikan suatu produksi multimedia kelihatan menarik dan lebih bermakna seterusnya mampu menghasilkan suatu kelainan. Ada perisian pengarangan yang dapat menghasilkan animasi yang mudah sahaja dan ada sesetengah perisian yang dapat menghasilkan animasi yang lebih kompleks. Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf.

·         Audio
Penggunaan audio adalah cara berkesan bagi menarik perhatian pengguna terhadap suatu produksi multimedia di samping membantu menyampaikan isi kandungan. Ia mampu menjadikan produksi multimedia itu lebih berkesan dan meningkatkan minat pengguna. Ia biasa diintegrasikan ke dalam produksi multimedia sebagai muzik latar, kesan bunyi khas dan suara latar. Format penghasilan yang biasa digunakan ialah dalam bentuk wav, mid dan mp3.

·         Video
               Video yang digunakan dalam produksi multimedia dapat bertindak
               sebagai satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat secara
               terus.        Ia juga dapat berfungsi menyampaikan maklumat dengan tepat
               yang kadang kala gagal ditangani oleh media-media yang lain. Ia mampu
               membawa suasana sebenar kepada pengguna di samping dapat memberi
               kelainan yang lebih menarik. Format penghasilan bahan berbentuk video yang
               lazim digunakan ialah avi, mov dan mpeg.

No comments:

Post a Comment