Sunday, January 9, 2011

Pusat Sumber Elektronik

Pusat sumber elektronik ialah satu pangkalan data yang menyimpan semua maklumat digital dan bolah dicapai melalui peranti pengguna dalam persekitaran pelanggan.


Objektif Pusat Sumber Elektronik

Di antara objektif PSE ialah:

1.            Menyokong dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
2.            meningkatkan kemahiran memilih, mengesan dan juga menilai keberkesanan penggunaan pelbagai jenis media;
3.            memberi maklumat mengenai pusat sumber pengajaran dan pembelajaran;
4.            mengekalkan perhubungan dua hala iaitu di antara pusat sumber dan juga sumber maklumat yang lain;
5.            menyediakan kemudahan bagi menentukan akses media tersebut.


Konsep PSE

Pada masa sekarang semua sekolah diwajibkan mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk meningkatkan mutu pendidikan serta pengurusan sekolah.  Dengan adanya TMK para pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran berguna untuk menjadikan mereka tenaga kerja yang diperlukan dalam masyarakat bermaklumat dan juga masyarakat industri.  Bagi merealisasikan impian tersebut, kemahiran menggunakan TMK adalah perlu bagi setiap golongan selain pelajar seperti pentadbir mahupun kakitangan sokongan.  Justeru itu, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah-sekolah menjalankan pelbagai jenis program seperti berikut:
                      i.        Komputer Dalam Pendidikan (CIE)
                    ii.        Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL)
                   iii.        Pangkalan Data dalam talian.
                   iv.        Cerdik Net
                    v.        Cikgu.net
                   vi.        Portal Pendidikan
                  vii.        Bestari.Net
                viii.        Pusat Sumber Elektronik

Pusat Sumber Elektronik

Pada peringkat awal, gedung ilmu terkumpul dalam bentuk buku dan teks bercetak yang dikenali sebagai khutub khanah dan akhirnya dipanggil sebagai perpustakaan.  Pusat sumber elektronik adalah merupakan satu institusi yang telah melalui beberapa peringkat transformasi.  Fungsi perpustakaan sebelum itu juga telah bertambah dengan adanya bahan pendidikan yang lain seperti alat tayang, filem dan mikrofilem yang menyebabkan namanya ditukar kepada pusat sumber.  Apabila institusi ini terdapat di sekolah ianya dikenali sebagai Pusat Sumber Sekolah.

Seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi elektronik, kini koleksi pusat sumber bukan sahaja terhad kepada bahan cetak, bahan selluloid, audo dan video tetapi juga mengandungi bahan seperti cakera liut dan cakera padat.  Peningkatan kemahiran dan literasi komputer di kalangan guru dan pelajar meluaskan lagi fungsi dan peranan pusat sumber.  Jika dilihat sekarang pusat sumber telah menyediakan prasarana dan kemudahan penggunan internet untuk memudahkan pengguna memperolehi maklumat secara meluas di seluruh dunia.  Pada peringkat inilah apabila pusat sumber itu dapat menyediakan bahan teks dan elektronik dan pada masa yang sama menyediakan kemudahan bagi mencari maklumat dari luar ruangnya melalui jaringan telekomunikasi komputer, maka pusat sumber ini dikenali sebagai Pusat Sumber Elektronik (PSE).

Pengguna Pusat Sumber Eelektronik hendaklah terlebih dahulu tahu menggunakan komputer sebagai satu asas atau kemahiran.  Dengan adanya kemahiran ini dapatlah mereka mencari maklumat atau mengakses maklumat yang terdapat dalam cakera liut dan cakera padat, ataupun mengakses maklumat merentas sempadan dan ruang melalui jaringan elektronik, iaitu Jaring dan Internet.  Melalui rangkaian ini pengguna dapat mengakses maklumat yang terdapat dalam pangkalan data dan sumber maklumat di dalam dan juga di luar negara.  Bagi guru dan pelajar, kemudahan meraih dan memanfaatkan maklumat melalui Pusat Sumber Elektronik memerlukan kemahiran untuk mencari, mengguna, memilih, menganalisis dan menilai maklumat yang diperolehi.  Kesemua ini menjadi asas kepada kaedah pembelajaran berasaskan sumber.  Pelajar akan dapat membina satu budaya dalam diri mereka, iaitu sentiasa mencari maklumat dan ilmu dan seterusnya akan mengembangkan daya kreativiti dan inovasi, budaya mencari ilmu ini akan dirangsang dan diganding dengan nikmat hibur-didik yang terkandung dalam pangkalan data yang diaksesnya itu.

Pengembangan dan pemupukan budaya ilmu seperti yang dihasratkan oleh para pemimpin negara bermula dari alam persekolahan lagi.  Pelajar yang menggunakan teknologi terkini untuk mendapatkan ilmu akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran kerjaya dalam abad 21.  Pusat Sumber Elektronik ini juga memberi peluang kepada guru dan pelajar mengembangkan kemahiran mencari maklumat ini dan sekaligus membawa mereka ke alam teknologi yang canggih.


Perpustakaan Maya (Virtual Library) dan Perpustakaan Digital
Perpustakaan Maya banyak dipengaruhi oleh perkembangan Internet dan banyak memberi impak kepada pengguna dalam proses penyebaran sunber maklumat. Ada pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan tentang pengaruh internet dalam perpustakaan contohnya perpustakaan maya, perpustakaan siber, perpustakaan digital dan sebagainya.

Bagi menjelaskan lagi tentang konsep dan perkembangan perpustakaan maya di paparkan satu artikel yang dipetik daripada jurnal untuk rujukan anda seperti berikut:

Perpustakaan Maya

            Apabila teknologi telah membolehkan seseorang pengguna mengakses maklumat melalui rangkaian komunikasi tanpa datang ke perpustakaan ia sebenamya telah mengunjungi perpustakaan maya. Perpustakaan maya boleh ditakrifkan sebagai satu konsep yang membolehkan pengguna mengakses sumber maklumat melalui rangkaian komputer soalah-olah pengguna mendapat maklumat dari perpustakaan sebenar dan entiti perpustakaan itu tidak semestinya wujud secara fizikal.

            Kadang-kadang perpustakaan maya juga disebut sebagai perpustakaan tanpa dinding kerana pencari maklumat boleh mendapatkan maklumat melalui web dan kewujudan bangunan perpustakaan tidak lagi menjadi penting. Contoh-contoh perpustakaan maya adalah:
        · University of South Florida Virtual Library
            (htip://www.lib.usf.edu/virtual/index.html)

        Perpustakaan ini merupakan contoh perpustakaan maya yang amat baik kerana menyediakan perkhidmatan secara maya yang menyeluruh dari pencarian maklumat, rujukan, tempahan bahan, pembekalan penerbitan hinggalah pendidikan jarak jauh.
        · WWW Virtual Library  (http://www.vlib.org )

            Perpustakaan maya ini menyediakan maklumat dalam berbagai bidang yang disusun mengikut perkara meliputi bidang sains, kejuruteraan, sains sosial, undang-undang, pertanian dan lain-lain.

        · Lousiana State University Library

            Melalui perpustakaan ini kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat atau bahan terbitan kerajaan.

            Kadang-kadang perpustakaan maya adalah sebenamya sebahagian koleksi atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah perpustakaan,misalnya Perpustakaan Maya HUKM yang mempunyai koleksi penerbitan yang boleh diakses secara maya, Ia boleh juga dikelaskan sebagai perpustakaan elektronik (kerana memiliki bahan-bahan elektronik) dan juga perpustakaan digital (kerana menyimpan banyak bahan dalam bentuk digital). Begitu juga Perpustakaan Monash University Library yang menyediakan portal dan banyak perkhidmatan secara dalam talian, juga boleh dikelaskan sebagai perpustakaan digital kerana ia mempakej maklumat dalam bentuk digital misalnya maklumat-maklumat dalam bidang-bidang tertentu. Di Monash University,  pelajar-pelajarnya diberi ID untuk mengakses portal yang disediakan oleh perpustakaan. Portal berfungsi seakankan enjin pencarain maklumat yang memudahkan pengguna-penggunanya mengakses maklumat dalam bidang tertentu. Melalui portal ini pelajar-pelajar boleh mendapatkan pangkalan-pangkalan data khas termasuk kuliah-kuliah yang yang telah dirakam dan didigitkan. Jadi pelajar-pelajar boleh menyaksikan dan mendengar kuliah pensyarahnya secara maya pada bila-bila masa tanpa hadir ke dewan kuliah. Inilah yang dinamakan pembelajaran anjal atau "flexible learning.

Perpustakaan digital


Perpustakaan digital merupakan perpustakaan di mana sebahagian besar sumber terdapat dalam format yang boleh dicapai mesin (berbanding cetakan atau filem mikro), dicapai melalui komputer. Kandungan digital boleh disimpan di situ atau dicapai melalui jaringan komputer. Dalam perpustakaan, proses pendigitalan bermula dengan katalog, kepada index berkala (periodical indexes) dan khidmat abstrak, dan kemudiannya kepada (periodicals) dan buku rujukan besar, dan akhirnya pada penerbitan buku. Sebahagian perpustakaan digital yang paling berjaya dan terbesar adalah Projek Gutenberg, ibiblio dan Internet Archive.

Kelebihan
Perpustakaan tradisi terhad oleh ruang yang ada, perpustakaan digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat, disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang untuk disimpan. Dengan itu, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah jauh lebih rendah berbanding perpustakaan tradisi. Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kakitangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini.

Perpustakaan digital boleh menggunakan ciptaan dalam teknologi serta-merta untuk memberikan pengguna dengan peningkatan dalam teknologi eletronik dan buku bunyi dan juga sebagai membentangkan bentuk baru komunikasi seperti wiki dan blog.

  • Tiada sempadan fizikal. Pengguna perpustakaan digital tidak perlu pergi ke perpustakaan, orang seluruh dunia boleh mencapai maklumat yang sama, selagi sambungan Internet tersedia.
  • Tersedia sepanjang masa. Kelebihan perpustakaan digital adalah orang seluruh dunia boleh mencapai maklumat sepanjang masa, selagi sambungan Internet tersedia.
  • Capaian banyak. Sumber yang sama boleh digunakan pada masa yang sama oleh sejumlah pengguna.
  • Pendekatan berstruktur. Perpustakaan digital memberikan capaian kepada kandungan yang lebih kaya dalam bentuk yang lebih berstruktur, contohnya. kita boleh beralih daripada katalog kepada buku tertentu kepada bab tertentu dan sebagainya.
  • Capaian maklumat. Pengguna mampu menggunakan pelbagai istilah carian berkaitan dengan perkataan atau ayat bagi keseluruhan perpustakaan. Perpustakaan digital boleh memberikan antara muka yang mudah, memberikan capaian boleh klik pada sumbernya.
  • Pengekalan dan penyimpanan. Salinan tepat dengan sumber asal boleh dihasilkan tanpa had tanpa mengurangkan mutu.
  • Ruang. Di mana perpustakaan tradisi terhad oleh ruang simpanan, perpustakaan digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat, hanya disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang fizikal untuk menyimpannya. Apabila perpustakaan kehabisan ruang, pendigitalan merupakan satu-satunya penyelesaian.
  • Jaringan. Perpustakaan digital tertentu boleh menyediakan pautan kepada sumber perpustakaan digital lain dengan mudah, dengan itu menggabungkan perkongsian sumber dapat dicapai.
  • Kos. Secara teori, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah lebih rendah berbanding perpustakaan tradisi. Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kaki tangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Walaupun perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini, ia di dapati bahawa perpustakaan digital mampu dan meningkatkan kos bagi menukar bahan cetak keformat digital, dan bagi kakitangan teknikal mahir untuk menyelenggarakannya, dan kos menyelenggarakan capaian dalam talian (contoh. pelayan, kos jalur lebar, dll.). Juga maklumat dalam perpustakaan digital sering kali "berpindah" setiap beberapa tahun kepada bentuk media terkini. Proses ini mampu meningkatkan kos yang besar dari segi parkakasan dan kakitangan yang mahir.

Kekurangan


Sesetengah orang mengkritik perpustakaan digital terhad oleh undang-undang hakcipta, kerana penulisan tidak boleh dikongsi melalui tempoh berlainan dalam bentuk perpustakaan tradisi. Kandungan ini, dalam kebanyakan kes, public domain atau kandungan dihasilkan sendiri sahaja. Sesetengah perpustakaan digital, seperti Projek Gutenberg, berusaha untuk mendigitalkan terbitan lepas hakcipta dan menawarkan ia secara bebas kepada umum. Anggaran jumlah buku dalam katalog perpustakaan dari 2000B.C. hingga 1960, tersedia di perpustakaan digital tidak mampu menghasilkan persekitaran sama seperti perpustakaan tradisi. Ramai orang turut mendapati bahawa membaca bahan bercetak lebih mudah berbanding membaca bahan pada skrin komputer walaupun ini bergantung kepada paparan termasuk juga kecenderungan seseorang. Selain itu, akibat perkembangan teknologi, perpustakaan digital mendapati sesetengah bahan menjadi usang dan datanya tidak dapat dicapai.




Repositori Akademik

Kebanyakan perpustakaan akademik terbabit secara aktif dalam membina institutional repositories bagi buku, kertas kerja dan sebarang terbitan lain yang boleh didigitalkan oleh institusi. Kebanyakan repositori ini tersedia bagi masyarakan akademik atau orang awam. Repositori institusi sering kali dirujuk sebagai perpustakaan digital.

Masa hadapan


Projek pendigitalan secara besar-besar sedang dijalankan di Google, Projek Sejuta Buku (Million Book Project), MSN, dan Yahoo. Dengan peningkatan berterusan dalam pengendalian buku dan teknologi persembahan seperti Optical Character Recognition dan Ebooks, dan banyak simpanan pilihan lain dan model business, perpustakaan digital berkembang pesat dalam populariti sebagaimana ditunjukkan oleh usaha Google, Yahoo, dan MSN. Dan dengan usaha perpustakaan dalam kumpulan bunyi dan video, begitu juga perpustakaan digital seperti Internet Archive.

No comments:

Post a Comment