Istilah yang sinonim Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer (PPBK) adalah:
1. CAI : Computer Assisted Instruction (US)
2. CBE : Computer Based Education
3. CAL : Computer Assisted Learning (UK)
4. IAC : Instructional Appplications of Computer
5. CBI : Computer Based Instruction (US)
6. CBL : Computer Based Learning (UK)
1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan komputer di semua pusat pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai media pengajaran yang boleh digunakan pada masa kini. Antaranya ialah alat tayangan, audio-video, OHP (kemudahan dari pusat sumber), penggunaan teks, menggunakan media elektronik yang lebih sofistikated seperti slaid, filem, video dan komputer.